gilagambar

The EZ photography journey. Share-share what I do and what I got la keskeskes

Show Your Pics With a Twist

Assalamualaikum..

Wah lama jugak saya tak hapdet blog ni kan? Pada yang sentiasa menantikan posting terbaru yang tak pandai muncul-muncul, mohon ampun dariku huhuh.

So cuti-cuti skolah ni watpa? Pergi bercuti? Jalan-jalan cari makan? Dinner ngan kampeni? Jadi photog kawen? Anda kawen? Ngaaaahahahahahahah!!

Pasti walau apapun yang korang suma buat masa tu pasti setiap kenangan diabadikan menggunakan kamera kesayangan korang kan? tak kira lah kamera dslr mahupun henpon. Yang pasti kenangan tetap dirakam.

Tapi macam mana plak cara korang nak kongsikan setiap gambar itu? simpan dalam hard disk dan balik opis atau skolah nanti baru tunjuk ngan geng lain? Cuci gambar dan letak dalam album? letak dalam blog? aaaaaaa…pasti korang letak dalam facebook kan? Ada bermacam macam cara tuk kita kongsi kan?

Baru-baru ni saya ada menghadiri hari keluarga kampeni saya di Kota Kinabalu. Pendek kata walaupun serba sederhana, semuanya memang best la..kena plak dapat bekumpul ramai-ramai bersama-sama dengan rakan sekerja dari wilayah yang berlainan. Dan yang paling best tu, isteri dan anak-anak dibawa bersama..Shangri-La tuuuuuuuu…gambar kompom la amik.

Nak tau bagaimana saya share gambar-gambar hari keluarga tersebut untuk rakan-rakan sekerja saya?  Tengok sendiri kalu nak tau. Selamat mencuba.  ;)

Low Key

Ramai yang suka buat low key nih..ada yang buat diruangan terang dengan kawalan eposure dan lampu denyar (aisehmen bahasa melayu baku keskeskes) mahu pun. Lampu studio. Ada jugak yang buat diwaktu malam atau ruangan yang gelap.

Sebagai contoh gambar yang menyimpan seribu rahsia disebalik raut wajah ini. Apa yang sedang difikirkannya?  Dengan teknik yang saya sebutkan diatas tadi, hasil yang sebegini sangat mudah untuk dilakukan.

Tapi tahukah anda yang gambar situasi sebenar adalah yang dibawah ini? keskeskes

Ngaaaahahahaha..pada korang yang tak berapa nak mahir lagi dalam kawalan exposure dan juga flash, jangan risau sebab masih ada caranya. Pada yang malas kontrol2 exposure atau pun sekadar nak suka, nih saya kongsikan cara senang nak buat keskeskes.

Pertama kena ada sekurang kurangnya perisian Adobe Lightroom. Tak kiralah version berapa sekalipon. Seperti biasa bila dah dapat gambar yang kita nak pakai tu, lepas import je kita masuk Dovelop Module.

Kita tengok pada ruangan basic tu ada beberapa simbol seperti grid, clone, gradient dan adjustment brush (kalau ada yang miss sorry ekk keskeskes). Kita klik pada adjustment brush (simbol berus cat)

Pada bahagian “effect” tersebut, kita tukarkan kepada “Exposure” seperti yg korang lihat diatastu. Kemudian slider exposure kasik negatif sebab kalao positif nanti jadi overexposed la plak..dah jadi highkey plak keskeskes

Pastu apa lagi? tonyoh je keseluruh bahagian gambar yang kita nak gelapkan tu keskeskes

Kengkadang kena buat banyak kali gak untuk dapatkan tahap kegelapan yg kita nak. So pada yang ada Lightroom tu apa lagi? buat jangan tak buat..best nih keskeskes..tapi saya pon dah lama tak buat ngaaaah hahahaha. Dulu buat pun tuk suka-suka ja sakat kawan keskeskes.

Ohya…lupa plak. Kalau tolak Exposure slider untuk adjustment brush pegi negatif, boleh wat low key..Kalau tolak pegi positif, boleh wat high key plak ngaaaah hahahahaha..cuba jangan tak cuba

zsuperc

Basic Editing dengan Lightroom

Dah lama tak hapdet blog nih. Mesti dah ada yang tertunggu tunggu ni kan? Ke saya je yang prasan uwmuahahaha.

Kali ni sekali lagi saya share macam mana senangnya post processing menggunakan perisian Lightroom.

Setelah menyelongkar gambar-gambar lama akhirnya tejumpa jugak untuk dijadikan gambar contoh. 


Selepas mengimport gambar yang kita ingini, kita terus saja lompat ke ‘Develop’ module. Gambar ini di ambil dengan menggunakan DSLR Nikon D3000. Seperti anda lihat, gambar SOOC pon dah nampak seperti boleh digunakan terus tanpa memerlukan sebarang pemprosesan.

Tapi kalini saya nak ‘enhancekan’ pic ini sedikit sahaja lagi.



Pada bahagian ‘Basic’ di sebelah kanan tu kita terus tengok 4 slider asas seperti yg dinyatakan dibawah

1. Exposure - sama macam exposure kat kamira keskeskes

2. Recovery - Mengurangkan kesan hotpots

3. Fill - mengangkat sedikit cahaya di bahagian gelap

4. Dark - menampakkan garisan2/bentuk pada gambar ( saya suka guna nih untuk gambar berwarna)

Keempat empat slider asas tersebut adalah slider post processing paling asas untuk anda gunakan. Tetapi untuk gambar ini saya hanya menggunakan 3 slider sahaja iaitu exposure, fill dan juga black



Lihat perbezaan sebelum (kiri) dan selepas (kanan) pada gambar contoh..hanya tiga pergerakan slider sudah cukup untuk mengubah penampilan imej tersebut.



So…apa lagi? cuba jangan tak cuba

zsuperc

Membetulkan White Balance Melalui Post Processing

Assalamualaikum salam damai salam Ramadhan.

Kali nih nak kongsi-kongsi satu lagi topik ASAS DSLR/FOTOGRAFI yang banyak juga diperdebatkan dikalangan kaki-kaki DSLR dimana sahaja iaitu White Balance. Sungguh pun begitu posting nih bukan la untuk memanjangkan lagi perdebatan pasal wb (white balance) ni tapi untuk membantu membetulkan white balance anda melalui post processing menggunakan perisian Adobe Lightroom.

Sebelum tu saya kongsikan sedikit asas penggunaan white balance secara ringkas. Secara asasnya mata kita dalam apa keadaan cahaya atau warna lampu dimana sahaja kita berada samada diluar atau pun didalam ruangan tertutup, mata kita akan sentiasa dapat mengenali/mengesan warna putih dan apa sahaja warna asal yang ada dalam semua keadaan cahaya/warna dominan tersebut. Tapi lain pula halnya dengan DSLR kita.

DSLR kita tidak dapat mengenalinya dan akan cenderung untuk follow suhu/warna dominan yang ada pada masa itu. Bila ada warna kuning dominan, kuning lah gambar kita, bila ada warna merah dominan maka merah lah gambar kita. Begitu juga halnya bila ada warna dominan yang lain.

Bagi penggemar potret, masalah ini juga antara yang sering mengganggu tone warna kulit subjek mereka. Dan itulah perlunya WB ini dalam asas fotografi.

Suhu warna diukur menggunakan KELVIN. Semakin rendah suhu kelvin tersebut semakin cold (biru) manakala semakin tinggi kelvin makan semakin warm (kuning). Tapi untuk peringkat asas kita tinggalkan dulu kelvin ini dan kita rujuk pada gambar diatas. hampir semua dslr akan ada wb seperti ini. Untuk menentukan wb pada kamera adalah mudah..secara default dslr anda akan di tentukan wb pada setting AUTO yang mana setting ini boleh digunakan pada hampir semua keadaan. Dengan itu ada beberapa lagi setting white balance yang boleh anda gunakan mengikut keadaan…wehhh lari topik dah ni!

So berbalik pada topik asal kita. Kengkadang pada user baru yang masih belum betul-betul dapat menguasai/memahami wb ini anda tak perlulah kecewa kerana ianya masih boleh dibetulkan menggunakan bermacam-macam editing software yang berada dipasaran sekarang ini samada yang ori, cetak rompak atau pon di donlod dan mintak dari kengkawan keskeskes. Namun kali ini saya akan kongsi cara membetulkan wb anda penggunakan perisian Adobe Lightroom. Sangat sangat sangaaaaat mudah.

Ada dua cara untuk membetulkan wb anda menggunakan lightroom :

1. WB slider yg ditunjukkan oleh anak panah merah

2. WB selector yang ditunjukkan oleh anak panah pink

White balance slider

Wb slider diwakili oleh Temp slider dan Tint slider. Pada kebiasaannya hanya hanya akan ejas temp slider. so boleh ejas mengikut keadaan, kalau gambar tu ada unsur cold (biru), ejas slider pegi kuning sampai dapat warna putih yang di kehendaki. Dan begitu juga sebaliknya.

Tint kita gunakan bila ada wujud warna-warna dominan yang biasanya hadir seperti biru dan mera (selalu ada bila indoor) yang mana kedua-dua slider temp dan tint ini kita ejas sampai warna putih yang sepatutnya kembali berwarna putih dan tone kulit juga kempali neutral. Mudah bukan?

White balance selector

Bagi yang malas nak ejas-ejas slider, klik sahaja selector tu, dan cari spot dimana terdapat warna putih mulus..uikk mulus hohohoh ataupun midtone (kelabu) dan klik pada warna putih atau kelabu tersebut. Dalam gambar contoh diatas saya menggunakan warna midtone seperti yang ditunjukkan oleh anak panah hitam. lagi mudah bukan? Tapi saya tak berapa minat nak guna selector ni sebab kengkadang tak berapa nak kena keskes.. tapi apa2 pon terpulang pada anda yang menggunakannya.

Bagai mana? mudah bukan?

Hadoiihhh gila susah nak carik pic contoh. Dengan hati yang bengang sebab tak jumpa gambar yang boleh dijadikan contoh dan juga demi perkongsian, berikut adalah contoh-contoh gambar sebelum dan selepas yang dibetulkan menggunakan wb slider dalam Lightroom. Errr…pic sebelum sebelah kiri manakala pic selepas sebelah kanan yeee :)

Mudah? Susah? tak cuba tak tau. Selamat mencuba.




ps:

Next topic : WB From My Personal Point of View


zsuperc

Ramadhan Small Group Tutorial

Alhamdulillah..Dengan izin dan limpah kurniaNya, Ramadhan small group tutorial dapat dilangsungkan dengan jayanya.

Walaupun dengan keadaan cuaca yang sedikit tidak mengizinkan namun ia tidak mematahkan semangat para perta yang hadir.

Program yang dijalankan hanya dalam masa sehari sahaja dan dengan pengisian yang padat, para peserta dapat juga melaluinya dengan penuh semangat dan memanfaatkan setiap apa yang dikongsikan.

Tahniah pada para peserta yang telah menghadirkan diri. Siapa kata nak master asas DSLR itu susah?

;)

*gambar ihsan dari Ols Montcul

The “Thinking Photographer”

There is a big difference between a Photographer and a Thinking Photographer. What makes them different is when you look at the pictures produced by the latter, you can see that there was considerable thought processes going through the photographer’s mind before clicking the shutter.

And it shows in the images because they are not merely snapshots but they were composed and lit with considerable thought. A Thinking Photographer thinks a lot about composition, lighting, timing, focal length, shutter speed, aperture, and a whole lot more before he presses the shutter to capture an image.

This approach in capturing pictures is clearly visible in his images because his images are well thought of, and not just snapshots. And this is the first step to becoming a pro or should I say the first step to improving one’s level of photography and also the right path to creating your own style and also the way to stand out among the norm. 

I’ve always believed in “creating” images, rather than just “taking” images. And to achieve that, you have to think about all the elements I’ve mentioned before the shutter is clicked. And to be able to perform at this level, you have to be a master in the technicalities of your camera. You can’t be thinking what will this aperture do or what will happen if I shoot at this shutter speed… you need to know all this like the back of your hand.

So in a nutshell, the Thinking Photographer is one who has mastered the basics and technicalities of photography. The Thinking Photographer is one who is constantly thinking of different ways to create images and different ways to tell a story. Because a picture tells a thousand words.. and the Thinking Photographer is always striving to tell it in his own way that is different and unique to his own style and personality.. and walking his own path.

This is how you can transform your journey from a newbie in photography to a professional in what you do.


JIMIN LAI
http://www.jiminlai.com

Cahaya cahaya cahaya..practice practice practice

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali nih nak kongsi apa yang selalu saya lakukan bila saya tiada sebarang tugasan perkahwinan, event ataupun workshop yang biasa anda lihat..kiranya nak membebel la nih keskeskes.  Yang rajin guna M mode tapi sentiasa ada masalah ngan exposure, elok baca nih uwmuahahahah!!

Di masa lapang saya, samada dirumah, ataupun sedang berjalan jalan/ bercuti dengan keluarga saya sentiasa cuba untuk memperbaiki kemahiran exposure saya. Saya sentiasa membawa kamera saya bersama kemana sahaja kami pergi. Sambil dapat mengambil gambar yg akan dialbumkan untuk simpanan kami sekeluarga, saya akan sentiasa bermain dengan exposure, bermain dengan cahaya tanpa flash tanpa tripod. Hanya saya, kamera dan lensa.


Pada masa ini, soal kompo saya tak kisah sangat sebab target utama saya ialah untuk memantapkan exposure saya. Target peribadi untuk exposure? Dalam 100 keping gambar yg saya ambil, kesemua 100 keping itu saya bawa balik tanpa perlu ada sebarang exposure adjustment di dalam komputer saya nanti. Tiada unintentional underexposed or overexposed pictures walau mid tone sekalipun. Ini cara saya dan bagaimana saya sangat mementingkan soal exposure pada gambar-gambar saya..orang lain saya tak tau la plak cara korang kan..  ;)

Tak kiralah apa keadaan cahaya sekalipun. Siang atau malam, outdoor atau indoor, natural light atau artificial light mahupun keadaan backlighting, gambar tetap akan diambil.

Dengan menguasai exposure dalam hampir apa sahaja keadaan, pasti kita takkan pulang dengan gambar yang majoritinya terpaksa kita repair didalam pc..bukankah itu akan membuang masa kita?

Ianya penting pada wedding photog seperti saya. Semua ini akan membantu saya untuk bersedia untuk hampir apa sahaja keadaan cahaya disetiap majlis mahupun sesi outdoor yang biasa saya adakan tak kira panas, mendung ataupun hujan…takkan la dalam 500 keping pic wedding 300 keping saya nak repair? banyaaak tuuuu.

Tu dia…inilah salah satu yang sering saya lakukan hampir setiap hari untuk mengasah kemahiran saya. Anda pula bagaimana?

Banyakkan latihan, banyakkan menggambar..Practice makes perfect. Haaaaa..pada yang kata takda idea nak amik pic di bulan Ramadhan ni, jom practice exposure ;)

EZ

Aperture?

Assalamualaikum salam damai salam lama tak jumpa ekekeke. Disebabkan oleh tahap kebizian saya yang melampau dalam sebuan dua ini maka ruangan ini sedikit terabai. Tapi takpa sebab malam nih nak cover sikit demi sedikit apa yang sudah tertinggal.

Malam nih rasa nak berkongsi pasal aperture la kiranya. Apa yang bakal saya kongsikan mengenai aperture nih mungki sedikit berbeza dengan apa yang anda pernah baca dengar ataupun tahu kerana saya menggunakan teknik dan penjelasan yang paling mudah untuk saya dan mungkin anda juga untuk memahaminya. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya malas nak amik tau hal-hal teknikal teori-teori pecah kepala nih..saya bukannya nak belajar baiki kamera, saya cuma nak amik gambar je ekekek..nak cari yang lebih teknikal kena baca blog lain keskeskes.

Aperture adalah bukaan yang membenarkan sejumlah cahaya yang masuk melaluinya. Dalam bahasa fotografi, aperture bertindak mengawal jumlah cahaya yang masuk melalui lens ke sensor. Semakin besar bilah aperture dibukak semakin banyak lah cahaya yang dibenarkan masuk dan semakin kecil bukaannya maka semakin sedikitlah cahaya yang dibenarkan masuk mengenai sensor.

Haaa..nampak tak bilah-bilah yang membentuk lubang kecil tu? Itulah aperture blade keskeskes. Dan melalui lubang itulah cahaya akan masuk samada lubang itu kecil mahupun besar.

Binaan bilah-bilah aperture juga tidak sama, ada yang membentuk bulatan, ada yang bentuk oktagon, heksagon,pentagon..eh pentagon ada ka? sendiri cari lah huhuhu. Binaan dan bentuk yang dihasilkan ini juga yang mempengaruhi bokeh pada sesuau gambar. Bentuk ini jugaklah yang dibengangkan oleh kawan saya sorang nih..Siapa? Nak tahu? I can tell you but then I’ll have to “SHOOT” you!!! uwmuahahahahaha

Kenapa ianya dibina sedemikian rupa? jangan tanya saya part itu sebab tu yang siyes saya tak tahu. Cuba tanya orang lain keskeskes

Apa guna aperture? Ramai orang-orang baru dalam dunia DSLR akan slalu cakap bila ditanya apa yang bestnya DSLR? Jawapan mereka “sebab boleh amik gambar kabur belakang keskeskes”. Kabur-kabur belakang tuh adalah salah satu daripada kerja yang dilakukan oleh Aperture. Aperture pada saya adalah permulaan bagi penentuan setting exposure untuk hampir kesemua keadaan.

Amik pic potret, group photo, landscape, street shooting, fine arts, lanskap, kebanyakannya dimulakan dengan set bukaan aperture terlebih dahulu.

Macam mana nak guna? Aperture diwakili oleh apa yang dipanggil “f” number seperti f1.8 f2.8, f3.5, f7,1 dan seterusnya. Kenapa “f”? saya pon tak tau uwmuahahaha..so kita pakai je la “f” tu keskeskes

nampak tak f4.8 tu? haaaaaa. itu lah rujukan bukaan aperture pada dslr anda. Macam mana nak set Semakin kecil “f” number tersebut maka semakin besar/luas lah bukaan aperture dan akan lebih banyak lah cahaya masuk. Kalau “f” number itu dibesarkan maka semakin kecil/sedikit ;ah cahaya yang dibenarkan masuk.

Semakin besar bukaan aperture maka akan semakinn kaburlah dibelakang itu dan semakin kecil bukaan aperture maka semakin sharp lah semua bahagian gambar (depan dan belakang)

Bukaan mana yang sesuai untuk potret? bukaan mana yang sesuai untuk lanskap? bukaan mana yang sesuai untuk itu? bukaan mana yang sesuai untuk ini?

Nih saya bagi tips setting ASAS bukaan aperture mengikut jenis gambar:

1. f1.8-f5.6

Sesuai untuk mengambil gambar potret dan apa sahaja yang anda ingin tonjolkan dalam gambar anda.. Dengan bokeh(kabur belakang) yang terhasil akan mampu untuk mengasingkan subjek dari background menjadikan subjek lebih menonjol

2. F6.3-F8

Bukaan aperture ini pula selalunya digunakan untuk mengambil grup photo (mengikut jumlah subjek dalam grup) untuk memastikan semua subjek didalam gambar dari barisan hadapan sampailah belakang adalah sharp. Tiada yang kabur kaaaaabur.

3. F8-f16

Yang ni pula biasanya digunakan untuk mengambil gambar lanskap. Sana sini atas bawah kiri kanan depan belakang sharp ;)

Itulah dia serba sedikit tentang ASAS penggunaan Aperture di dalam fotografi. Mudah je kan? So selamat mencuba

More tk

EZ

zsuperc-photography: Master Your DSLR The "EZ" Way

zsuperc:

Khas untuk bulan Ramadhan ini ZSUPERC Photography dan Gilagambar nak kongsi-kongsi ilmu pinjamanNya melalui:

Master Your DSLR the “EZ” Way

Memliki sebuah kamera DSLR tapi masih belum menguasai cara penggunaannya?

Memiliki sebuah kamera DSLR tapi masih tidak dapat menguasai ‘Exposure”…